PERATURAN PINJAMAN
1. Kemudahan pinjaman koleksi perpustakaan adalah untuk kakitangan Perbendaharaan sahaja.
2. Pinjaman dan pemulangan bahan hanya boleh dibuat di kaunter perpustakaan sahaja.
3. Pembaharuan pinjaman bahan dibenarkan dua (2) kali sahaja. Pembaharuan perlu dibuat sebelum tempoh pinjaman tamat. Pengguna perlu memulangkan bahan tersebut sebelum pembaharuan tempoh pinjaman dibuat.
4. Sila laporkan kepada pihak perpustakaan dengan kadar segera sekiranya berlaku kehilangan bahan yang dipinjam. Pengguna dikehendaki mengganti semula dengan bahan/judul yang sama ATAU membayar harga bahan yang hilang mengikut harga semasa.
5. Peringatan pemulangan bahan akan dikeluarkan sebanyak tiga (3) kali dan jika bahan tersebut masih belum dipulangkan, ianya dianggap hilang dan peraturan no. 4 akan berkuatkuasa.
6. Semua ahli adalah bertangungjawab ke atas semua bahan yang dipinjam atas namanya. Ahli yang didapati merosakkan, menghilangkan bahan serta tidak menggantikan atau membayar harga bahan yang hilang, keahliannya akan digantung atau dibatalkan.