RUJUKAN RUJUKAN

Rujukan dan Pencarian Maklumat

Perkhidmatan ini disediakan untuk membantu pengguna mendapatkan bahan dan maklumat yang diperlukan.

 

Sirkulasi (Pinjaman dan Pemulangan)

Perkhidmtan ini diberikan kepada warga Perbendaharaan yang berdaftar sebagai ahli perpustakaan.

 

Perkhidmatan Kesedaran Semasa (Current Awareness Services)

Perpustakaan menyediakan perkhidmatan kesedaran semasa untuk memaklumkan kepada pengguna mengenai maklumat dan judul terkini yang terdapat di Perpustakaan. Perkhidmatan ini disediakan melalui sumber berikut:

a. Senarai Perolehan Perpustakaan

b. Pameran buku-buku terbaru

c. Pakejan Maklumat

 

Pinjaman Antara Perpustakaan

Perkhidmatan ini disediakan untuk warga Perbendaharaan yang ingin meminjam buku atau mendapatkan salinan dokumen/artikel daripada perpustakaan lain sekiranya bahan tersebut tidak terdapat di   Perpustakaan Perbendaharaan.

 

Pangkalan Data Atas Talian (Online Databases)

Perpustakaan melanggan Pangkalan Data Lawnet untuk rujukan berkenaan perkara perundangan.