PERATURAN PINJAMAN PERATURAN PINJAMAN

1. Kemudahan pinjaman koleksi perpustakaan adalah untuk    kakitangan Perbendaharaan sahaja.

2. Pinjaman dan pemulangan bahan hanya boleh dibuat di     kaunter perpustakaan sahaja.

3. Pembaharuan pinjaman bahan diibenarkan dua (2) kali sahaja.  Pembaharuan perlu dibuat sebelum tempoh pinjaman tamat. Pengguna perlu memulangkan bahan tersebut sebelum pembaharuan tempoh pinjaman dibuat.

4. Sila laporkan kepada pihak perpustakaan dengan kadar    segera sekiranya berlaku kehilangan bahan yang dipinjam.    Pengguna dikehendaki mengganti semula dengan bahan/    judul yang sama ATAU membayar harga bahan yang hilang mengikut harga semasa.

5. Peringatan pemulangan bahan akan dikeluarkan sebanyak tiga (3) kali dan jika bahan tersebut masih belum dipulangkan, ianya dianggap hilang dan peraturan no. 4 akan berkuatkuasa.

6. Semua ahli adalah bertangungjawab ke atas semua bahan    yang dipinjam atas namanya.  Ahli yang didapati merosak  kan, menghilangkan bahan serta tidak menggantikan atau     membayar harga bahan yang hilang, keahliannya akan    digantung atau dibatalkan.