KOLEKSI KOLEKSI

Monograf

Merupakan koleksi utama Perpustakaan yang terdiri daripada buku-buku dalam bidang ekonomi dan kewangan. Terdapat juga koleksi umum seperti pengurusan, perhubungan awam, motivasi, latihan, agama dan lain-lain untuk rujukan dan pinjaman.

 

Bahan-Bahan Terbitan Kementerian

Koleksi ini terdiri daripada bahan-bahan terbitan Kementerian Kewangan seperti Buku Ucapan Bajet, Laporan Ekonomi, Penyata Kewangan, Belanjawan dan lain-lain.

 

Pekeliling

Koleksi ini meliputi pekeliling yang dikeluarkan oleh Perbendaharaan seperti Pekeliling Perbendaharaan, Surat Pekeliling Perbendaharaan, Surat Arahan Perbendaharaan dan Pekeliling Kontrak yang dikeluarkan semenjak tahun 1950-an sehingga kini.

 

Statut dan Perundangan

Koleksi ini terdiri daripada akta-akta, pindaan akta yang berkaitan dengan Perbendaharaan, enakmen dan warta kerajaan serta Pekeliling        Perkhidmatan Awam.

 

Terbitan-terbitan Lain

Koleksi ini diperolehi secara hadiah daripada Jabatan Kerajaan, agensi bukan kerajaan, institusi dalam dan luar negara.

 

Majalah dan Surat khabar

Koleksi majalah dan surat khabar yang dilanggan oleh Perpustakaan merangkumi keluaran dalam negara dan luar negara.

 

Bahan Sumber Media

Koleksi elektronik seperti CD, VCD, DVD, kaset video dan kit dalam pelbagai bidang perkara seperti pengurusan, motivasi, ekonomi,  pelancongan, lagu-lagu patriotik dan lain-lain terbitan dalam dan luar   negara.